Tuesday

HADIAH ISTIMEWA HARI GURU


Saban tahun anda pening kepala memikirkan hadiah yang sesuai buat guru sekolah anak-anak anda?
"Saya tiap-tiap tahun bagi mug"
"Saya bagi pen je"
"Dah tak tau la nak bagi apa huhuu.."
"Tahun ni tak bagi kott.. tak cukup bajet!"

Apa kata tahun ini, hadiahkan sesuatu yang bajet tapi memberi makna yang lebih buat insan yang telah banyak mencurahkan ilmu buat anak-anak anda.

Buku mini Asmal Husna  38 mukasurat, mengandungi 99 nama-nama ALLAH , beserta maknanya, doa-doa serta beberapa pengisian yang bermanfaat.




Hadiah hari guru yang super bajet.
Harga: RM25 (10 pcs) tidak termasuk pos
Diskaun bagi pembeli yang membuat pembelian sebelum atau pada 30 Aprl 2015


Telefon/ whatsapp : 012-7114406  (Puan Akma)
FB: Allah tempat meminta - Usrati Books


Wednesday

KEAJAIBAN ISTIGHFAR: KISAH 1 (Doa yang dimakbulkan oleh ALLAH)

Kisah ini menunjukkan bukti keagungan amalan istighfar yang sangat besar kesannya terhadap kehidupan kita. Semoga kisah ini dapat menambahkan lagi keyakinan kita terhadap dalil-dalil al-Qur'an dan hadis sehingga kita tetap istiqamah mengamalkannya.

Kisah ini terjadi pada zaman Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullahu. 
Pada suatu hari ketika sedang bermusafir, Imam Ahmad singgah disebuah masjid dan bercadang untuk bermalam di situ sahaja. Malangnya, penjaga masjid tersebut tidak mengenali Imam Ahmad dan tidak membenarkankan beliau untuk bermalam di situ, Puas memujuk, namun permintaan Imam Ahmad tetap tidak diendahkan oleh penjaga masjid tersebut. Akhirnya Imam Ahmad terpaksa keluar dari kawasan masjid dan berusaha untuk mencari tempat bermalam di tempat lain.

Dalam masa yang sama, kebetulan lalu seorang penjual roti yang melihat kejadian itu. Sipenjual roti bertanya kepada Imam Ahmad, apa yang sebenarnya berlaku. Setelah diceritakan oleh Imam Ahmad, si penjual roti mempelawa beliau untuk bermalam di rumahnya sahaja pada malam itu. Imam Ahmad berasa gembira dan menerima pelawaan penjual roti tersebut. 

Di rumah penjual roti, Imam Ahmad dijamu dan dilayan dengan baik. Walau pun Imam Ahmad merupakan seorang ulama besar, beliau tetap menyembunyikan identitinya daripada pengetahuan penjual roti tersebut. Setelah berbual-bual, penjual roti mempersilakan Imam Ahmad untuk beristirehat sementara beliau pula ingin menyiapkan adunan roti untuk jualan keesokan harinya. 



Namun, ada satu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad. Beliau memerhatikan si penjual roti itu tidak putus-putus beristighfar sepanjang masa membuat roti, dari awal hinggalah kerja-kerjanya selesai. Sebagai seorang ulama yang sangat tinggi ilmunya, beliau sedar tentang keutamaan beristighfar dan fadhilat yang besar bagi yang bersungguh-sungguh mengamalkannya.

Pada keesokan harinya, Imam Ahmad pun bertanya kepada penjual roti

"Semalam terdengar olehku lantunan istghfar yang terus menerus engkau baca ketika engkau sedang membuat adunan roti. Katakanlah kepadaku wahai tuan, apakah engkau mendapat sesuatu dari bacaan istighfar yang engkau baca?". 

Si pembuat roti lalu menjawab,“Ya.. Begitulah adanya.. Sungguh saya benar-benar telah mendapatkan faedah dari keutamaan melazimkan istighfar. Demi Allah, sejak saya melazimkan istighfar, tidak ada doa saya yang tidak dikabulkan oleh ALLAH.. Hanya ada satu doa saya yang belum terkabul sampai saat ini.”

Imam Ahmad bertanya, “Apa itu?”

Si penjual roti berkata, “Doa untuk dapat bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal!”

Mendengar jawapan tersebut, Imam Ahmad tersenyum. Kini beliau mengerti hikmahnya penjaga masjid tidak membenarkan beliau untuk bermalam di masjid malam sebelum itu. Allah berkehendak mengabulkan doa si penjual roti dengan perantara peristiwa semalam 

Lalu Imam Ahmad berkata,“Wahai tuan, Saya-lah Ahmad bin Hanbal. Demi Allah, DIA-lah yang mengaturku sehingga dapat bertemu denganmu.”

Subhanallah. Begitu istimewanya istighfar ini sehingga Allah berkenan untuk mengabulkan setiap permohonan dari hamba-Nya. 
Teringat akan kisah Nabi Yunus alaihissallam. Dimana ketika baginda dihukum oleh Allah dengan cara ditelan oleh ikan nun di dasar laut. Waktu itu Nabi Yunus tidak henti-henti memohon ampun dengan lafaz "Laa Ilaaha ila anta, subhanaka inni kuntu minad dzholimiin" hinggalah baginda dikeluarkan dari dalam perut ikan tersebut. 
Benarlah istighfar dapat menjadi amalan pembuka pintu rezeki yang sangat mustajab. Semoga kisah ini dapat menjadi penguat keyakinan kita akan janji Allah kepada hamba-hambaNya.
Wallahu 'alam

Ingin tahu kisah-kisah lain tentang keajaiban istighfar? Pastikan anda terus bersama kami :)


Tuesday

Mudahnya Menjemput Rezeki



Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.
Surah Ath-Thalaq 65: 3)

Tahukah anda...? Menjemput Rezeki Lebih Mudah Berbanding Mencari Rezeki?

Inilah perkara yang ditekankan di dalam buku ini. Ianya menceritakan tentang mudahnya menjemput rezeki dari Allah S.W.T.

Buku setebal 184 mukasurat ini mempunyai 4 bahagian yang memaparkan 40 bab yang berlainan tajuk


.

Buku ini menjadi amat menarik kerana penulis banyak berkongsi pengalaman beliau sendiri mengenai rezeki. Antara yang dikongsi adalah seperti beliau pernah ditanya oleh seseorang.

"Aku kenal seseorang yang tidak solat. Rumahnya besar, keretanya beberapa buah dan mahal-mahal pula. Anak-anaknya pandai-pandai belaka dan belajar tinggi. Rezekinya nampak banyak, walhal dia tidak solat. Tidak solat pun Allah beri rezeki yang begitu banyak?"

Saya percaya anda sendiri pernah mengetahui atau melihat sendiri individu seperti yang dimaksudkan. Jauh di sudut hati anda, perkara ini sering terlintas walaupun anda tidak pernah bertanya, mahupun menyuarakan isi hati anda.

InsyaAllah.. Melalui buku ini anda akan menemui jawapannya. Apa yang ditulis penulis bakal mendedahkan hakikat rezeki yang sebenar. Yang pastinya mencari rezeki orang yang beriman sangat berbeza dengan cara orang yang tidak beriman. Buku ini bermaksud memberi kefahaman yang betul khususnya dalam membentuk kepercayaan tentang rezeki.

Harga sebuah buku: RM18

Sebarang pertanyaan:
012-7114406 (Puan Akma)

Monday

Buku ALLAH Tempat Meminta





Dari penulis buku "Mudahnya Mencari Rezeki" Ustaz Fathuri Salehuddin
Himpunan 40 kisah benar dari 40 orang penulis, berdasarkan ujian & pengalaman hidup masing-masing.
Bagaimana amalan mereka serta kebergantungan pada ALLAH sepenuhnya membawa mereka jalan keluar setiap ujian yang dihadapi

Buku yang WAJIB dimiliki oleh semua.

Harga: RM18
(Tidak termasuk pos)

Untuk pembelian, hubungi:  012-7114406 (whatsapp/ call/ sms)