Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.
Surah Ath-Thalaq 65: 3)
Tahukah anda...? Menjemput Rezeki Lebih Mudah Berbanding Mencari Rezeki?
Inilah perkara yang ditekankan di dalam buku ini. Ianya menceritakan tentang mudahnya menjemput rezeki dari Allah S.W.T.
Buku setebal 184 mukasurat ini mempunyai 4 bahagian yang memaparkan 40 bab yang berlainan tajuk
Buku ini menjadi amat menarik kerana penulis banyak berkongsi pengalaman beliau sendiri mengenai rezeki. Antara yang dikongsi adalah seperti beliau pernah ditanya oleh seseorang.
"Aku kenal seseorang yang tidak solat. Rumahnya besar, keretanya beberapa buah dan mahal-mahal pula. Anak-anaknya pandai-pandai belaka dan belajar tinggi. Rezekinya nampak banyak, walhal dia tidak solat. Tidak solat pun Allah beri rezeki yang begitu banyak?"
Saya percaya anda sendiri pernah mengetahui atau melihat sendiri individu seperti yang dimaksudkan. Jauh di sudut hati anda, perkara ini sering terlintas walaupun anda tidak pernah bertanya, mahupun menyuarakan isi hati anda.
InsyaAllah.. Melalui buku ini anda akan menemui jawapannya. Apa yang ditulis penulis bakal mendedahkan hakikat rezeki yang sebenar. Yang pastinya mencari rezeki orang yang beriman sangat berbeza dengan cara orang yang tidak beriman. Buku ini bermaksud memberi kefahaman yang betul khususnya dalam membentuk kepercayaan tentang rezeki.
Harga sebuah buku: RM18
Sebarang pertanyaan:
012-7114406 (Puan Akma)

No comments:
Post a Comment